Sistem Pemantauan Operasi Tugas

Sistem perakam waktu masuk dan keluar pejabat atau mana-mana lokasi kerja yang diarahkan bagi kakitangan sektor awam secara dalam talian. Lokasi akan dikesan secara automatik terutamanya yang bertugas di luar pejabat.

Log Masuk SPOT-Me

Latar Belakang

Sistem Pemantauan Operasi Tugas (SPOT-Me) merupakan sistem perakam waktu masuk dan keluar pejabat atau mana-mana lokasi kerja bagi pegawai di sektor awam. Sistem ini membolehkan rakaman waktu masuk dan keluar dilaksanakan berdasarkan fungsi geolokasi peranti mudah alih secara atas talian menerusi pelayar web atau aplikasi mudah alih. Sistem ini juga berperanan sebagai sistem pemantauan kehadiran dan tugasan secara elektronik.

SPOT-Me telah dibangunkan bagi memenuhi keperluan pemantauan bekerja dari rumah (BDR) semasa pandemik Covid-19. Pembangunan sistem ini adalah selari dengan peraturan semasa dan mematuhi pekeliling-pekeliling berkaitan kehadiran dan waktu bekerja, seperti yang berikut:

  • Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2004 - Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2017 - Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019 - Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) di Agensi Kerajaan Persekutuan
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 - Dasar Bekerja Dari Rumah

Fungsi Sistem

Merekod kehadiran bertugas

Memantau rekod kehadiran dan tugasan pegawai bawah seliaan

Merekod lokasi pegawai

Merekod catatan tugasan pegawai

Dashboard Statistik dan Laporan Kehadiran

Aplikasi Web SPOT-Me

Aplikasi Web SPOT-Me merupakan aplikasi web yang membolehkan rakaman waktu masuk dan keluar dilaksanakan berdasarkan fungsi geolokasi peranti mudah alih secara atas talian menerusi pelayar web.

  • Merekod waktu daftar masuk/keluar bekerja
  • Mengesan lokasi pegawai semasa Daftar Masuk/Keluar
  • Mengurus isu kehadiran
  • Mengurus tugas harian
  • Menjana laporan transaksi kehadiran
  • Memantau tugasan harian oleh penyelia
  • Merekod pergerakan pegawai

Aplikasi SPOT-Me boleh diakses menerusi pelayar web melalui URL https://spotme.jdn.gov.my

Aplikasi Mudah Alih SPOT-Me
(Peranan Pegawai)

Aplikasi Mudah Alih SPOT-Me (Peranan Pegawai) merupakan aplikasi mudah alih yang dibangunkan untuk pegawai mendaftar waktu masuk dan keluar, mendaftar pergerakan harian dan menyemak transaksi kehadiran di mana-mana lokasi bertugas dengan menggunakan fungsi geolokasi di peranti mudah alih.

  • Daftar Kehadiran Pegawai
  • Daftar Pergerakan Harian
  • Semak Transaksi Kehadiran

Muat Turun sekarang:

Pembelajaran Atas Talian

  • Semua
  • Video Peranan Pentadbir
  • Video Peranan Pegawai
  • Info Grafik
STEP 1 - Pentadbir: Tetapan Lokasi
STEP 2 - Pentadbir: Tetapan Gelaran
STEP 3 - Pentadbir: Tetapan Struktur
STEP 4 - Pentadbir: Tetapan Carta
STEP 5 - Pentadbir: Tetapan Waktu Kerja
STEP 6 - Pentadbir: Tetapan Cuti
STEP 7(1) - Pentadbir: Tambah Maklumat Pengguna Individu
STEP 7(2) - Pentadbir: Tambah Maklumat Pengguna Pukal
STEP 8 - Pentadbir: Kemaskini Peranan Pengguna
Pegawai: Menu Pengurusan Isu Kehadiran
STEP 1 - Pegawai: Tatacara Kemaskini Profil
STEP 2 - Pegawai: Tatacara Daftar Masuk
STEP 3 - Pegawai: Tatacara Catatan Tugasan Harian
STEP 4 - Pegawai: Daftar Pergerakan
STEP 5 - Pegawai: Tatacara Daftar Keluar

Infografik

Muat turun Spot-Me

Infografik

Install SPOT-Me (IOS)

Infografik

Aktifkan lokasi peranti

Infografik

Manual Pengguna aplikasi SPOT-Me

Statistik Terkini

1,134

Agensi aktif yang menggunakan SPOT-Me

136,439

Pengguna aktif SPOT-Me

F.A.Q

Selanjutnya...

Hubungi Kami

Meja Bantuan

https://helpdesk.spotme.gov.my
Emel: spotme@jdn.gov.my

Alamat

JABATAN DIGITAL NEGARA,
Blok B, No. 3200, MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya, Selangor
https://www.jdn.gov.my
Tel: 03 8000 8000