Aplikasi SPOT-Me (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Digital Negara (JDN) untuk merekod kehadiran penjawat awam (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") dengan menggunakan telefon pintar. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat yang diberikan digunakan untuk tujuan pengurusan tugasan, pemantauan kehadiran, dan pelaporan rasmi. Maklumat ini tidak akan dikongsi dengan organisasi luar bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.
Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran aplikasi untuk capaian ke sistem aplikasi.
Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut:
a. Pendaftaran & Profil Pengguna
b. Rekod Lokasi & Aktiviti
Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas, kecuali diperlukan bagi mematuhi sebarang kewajipan undang-undang. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.
Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas mungkin tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.
Data peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila e-mel ke spotme@jdn.gov.my